Wednesday, December 19, 2012

Kebaikan Minum Cuka Epal



Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Epal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan 'fermentation' yang mana gula di dalam air buah epal di pisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kucing keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan.

Ia mula popular setelah Dr. D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai 'Home cure' (ubat dirumah). Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan 'honeygar' (madu + cuka epal).


Mengikut penyelidikannya, air campuran itu boleh membunuh bakteria yang memudaratkan dalam usus manusia dan menyarankan agar ia diminum sebagai minum harian sebagai tonik kesihatan. Rasnya memang menyegarkan seperti rasa teh limau dan masam-masam manis. Pesakit kencing manis disyorkan tidak melebihi 2 sudu teh madu sehari.

Dari segi zat nutrien (makanan yang berkhasiat), cuka epal kaya dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino, iaitu bahan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh. Ianya juga mengandungi antioksida yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh manusia. Cuka epal mengandungi serat pektin atau serat larut air. Serat larut air membantu dalam melawaskan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Kebaikan dan kelebihan Cuka Epal.

-Detox & Kuruskan Badan
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin dalam badan, oleh itu secara tidak langsungnya membantu mendapatkan badan yang ideal. Selain itu ianya mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (selain itu juga lecithin ini juga boleh membantu menguatkan memori)

-Gout & Arthiritis
Sakit gout, arthiritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

-Tekanan Darah
Menstabilkan tekanan darah dengan merilekskan atau merehatkan salur darah.

-Diabetes
Cuka epal ini boleh mengurangkan kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan dan juga ketika bangun dari tidur. Kebiasaanya waktu pagi sebelum sarapan.

-Jangkitan selsema dan Sakit tekak
Dapat mengurangkan simptom-simptom selsema, sakit tekak dan jangkitan pada mana-mana bahagian badan. (jangkitan telinga, kulit, tekak dan fungus). Ianya juga boleh meredakan serangan asma @ 'sinus'

-Kulit
Cuka epal sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti eczema dengan menyapu di tempat yang bermasalah. Juga boleh merawat kilit berjerawat, tompok-tompok hitam yang tidak sekata pada kulit dan selulit.

-Badan / mulut berbau
Dengan meneutralkan pH badan / mulut dan membunuh kuman / bakteria penyebab bau busuk. Juga boleh merawat untuk kaki busuk.

-Keracunan Makanan
Jika didapati keracunan makanan, minum 1 sudu cuka epal setiap 5 minit selepas dikesan keracunan makanan. Juga boleh merawat cirit birit dan diarrhea atau susah lawas @ sembelit kerana cuka epal mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.

-Kolestrol
Mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida.

Lain-lain kelebihan
1. Merawat hidung berdarah
2. Menguatkan tulang
3. Lebam-lebam dan melecur
4. Kanser
5. Kejang otot
6. Kelemumur
7. Ruam lampin
8. Sistem pencernaan
9. Sakit kepala dan migrain
10. Pedih ulu hati
11. Sedu
12. Gigitan / sengatan binatang
13. Insomnia atau sukar tidur
14. Senggugut
15. Mabuk pagi
16. Sun Burns
17. Ulcer
18. Sistem perkumuhan
19. Boleh dimasukkan dalam masakan untuk ganti penggunaan cuka biasa atau lemon, salad dressing dan sebagainya.

Wednesday, December 29, 2010

Q & A

Apa bezanya GloWhite dengan pil pencerahan yang lain?

Rahsianya ialah pada bahan kandungannya! Kami telah melakukan kajian mengenai bahan-bahan kandungan ini, dan hasil pencarian kami menunjukkan bahawa bahan-bahan ini bertindak balas dengan baik diantara satu sama lain. Setiap bahan bertindak balas dengan efektif, dan inilah yang menghasilkan kesan pencerahan yang terbaik untuk kulit anda. 

Secerah manakah boleh saya kecapi?

Pada peringkat permulaan program ini, anda boleh mengalami pencerahan sekitar 1-3 tona lebih cerah. Penggunaan GloWhite yang berterusan boleh mencerahkan kulit anda sehingga 5-6 tona lebih cerah.

Adakah selamat untuk menggunakan GloWhite bagi jangka masa panjang?

Ya. Ia adalah sangat selamat. L-Glutathione dan komponen-komponen lain (Vitamin C, HA dan Marine Collagen) semuanya adalah makanan tambahan dan ia sebenarnya adalah sangat baik untuk badan kita. Tambahan pula ia adalah bahan yang mudah larut di dalam air, ini bermaksud jika ada lebihan di dalam badan, ia akan dikeluarkan dengan mudah melalui sistem perkumuhan kita.

Siapakah yang sesuai mengambil GloWhite?

Ia sesuai bagi lelaki dan wanita yang prihatin akan kulit dan kesihatan mereka. Ini adalah kerana GloWhite mengandungi bahan anti-oksida tinggi yang sangat diperlukan untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Manfaat Utama GloWhite

  • Mencerah dan menyerikan kulit secara menyeluruh (muka dan badan).
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam dan merawat pigmentasi.
  • Melambatkan proses penuaan seperti kedutan, garis halus, kulit kendur, kering dan kusam.
  • Meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit.
  • Menguatkan rambut dan kuku.
  • Memperbaiki dan menyembuhkan luka pada kulit serta parut.
  • Mencegah jerawat dan mencergaskan semula sel kulit.
  • Menguat dan menyeimbangi sistem imun badan, mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas, meningkatkan peredaran darah, memberi tenaga dan meningkatkan keupayaan mental.

Bagaimana GloWhite Berfungsi

Glutathione - Juga dikenali sebagai master-antioxidant, boleh mencegah kemusnahan sel dengan meneutralkan radikal-radikal bebas. Ianya amat berkesan dalam menghalang pigmentasi kulit dan memperbaiki sel kulit yang rosak kesan daripada UV. Ia juga mampu memutih dan meratakan tona kulit jika diambil secara berterusan.

Marine Collagen - Sumber kolagen ikan yang diimport dari Jepun ini mempunyai molekul yang lebih kecil berbanding sumber kolagen yang lain seperti kolagen haiwan ataupun tumbuhan. Ia mudah diserap oleh kulit manusia dan mampu memberikan kesan yang cepat.

Hyaluronic Acid (HA) - Agen anti-penuaan terunggul dan terbaru. Ia menghidrat dan mengunci kelembapan kulit seterusnya mampu menghilangkan kedutan dan mengecilkan liang pori-pori.

Vitamin C - Vitamin terpenting dalam menyokong penyerapan kolagen dan salah satu sumber anti-oksida terbaik. Ia membantu mencegah kerosakan sel kulit, menyembuh luka dan mencerahkan parut serta tona kulit.

Tuesday, December 28, 2010

Miliki Kulit Yang Lebih Cerah, Gebu Dan Berseri Dengan GloWhite



Adakah anda menghadapi masalah kulit seperti isu bintik penuaan, pigmentasi, tona warna kulit yang tidak sekata? Mungkin anda sering terdedah kepada pancaran matahari ataupun anda pernah mengalami kesan luka pada wajah? Tahukah anda masalah tersebut dapat diatasi? Terdapat penyelesaian yang selamat dan efektif untuk mengembalikan seri wajah anda seperti remaja!

Kini anda mampu mengubah kulit anda dan mengekalkan kulit yang halus dan berseri secara semulajadi tanpa menggunakan bahan-bahan pemutih kulit (bleacher).

GloWhite oleh Skinora menggunakan kombinasi bahan ekslusif yang membolehkan anda memperolehi kesan yang menakjubkan dan mampu menyerlahkan kecantikan diri anda dari dalam. Kulit yang lebih putih, cerah dan gebu kini bakal menjadi milik anda!

Khasiat Kolagen

JENAMA penjagaan kecantikan saban hari mendedahkan ramuan yang dahulunya disimpan sebagai rahsia industri, terutamanya apabila permintaan pengguna semakin tinggi dari segi keberkesanan dan kejelasan kandungan produk.

Bukan itu sahaja, malah pakar bedah kosmetik turut tidak ketinggalan setelah dokumentari televisyen di seluruh dunia menyiarkan proses dan aktiviti yang terlibat ketika pembedahan, langkah demi langkah.

Kini, ramuan khas seperti kolagen, yang juga digunakan secara meluas dalam pelbagai barangan penjagaan kecantikan, bukan lagi sesuatu yang baru, terutamanya di kalangan mereka yang arif dan mementingkan kecantikan.

Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda.

Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.

Bagaimanapun, ramai yang cuma mempunyai pemahaman terhad tentang kolagen dan tidak sedar akan potensi sepenuhnya terhadap badan kita, mahupun bantuan kecantikan.

Mendalami kolagen
Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan.

Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.

Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun.

Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.

Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.

Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen (collagen synthesis).

Terapi sintesis kolagen
Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru.

Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.

Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP).

Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan.

HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan.

Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan.

HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.

Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia.

Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah.

Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak mega_shok.gif peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.

Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.

Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen.

Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.

Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300.

Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya.

Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran.

Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom.