Wednesday, December 19, 2012

Kebaikan Minum Cuka Epal



Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Epal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan 'fermentation' yang mana gula di dalam air buah epal di pisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kucing keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan.

Ia mula popular setelah Dr. D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai 'Home cure' (ubat dirumah). Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan 'honeygar' (madu + cuka epal).


Mengikut penyelidikannya, air campuran itu boleh membunuh bakteria yang memudaratkan dalam usus manusia dan menyarankan agar ia diminum sebagai minum harian sebagai tonik kesihatan. Rasnya memang menyegarkan seperti rasa teh limau dan masam-masam manis. Pesakit kencing manis disyorkan tidak melebihi 2 sudu teh madu sehari.

Dari segi zat nutrien (makanan yang berkhasiat), cuka epal kaya dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino, iaitu bahan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh. Ianya juga mengandungi antioksida yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh manusia. Cuka epal mengandungi serat pektin atau serat larut air. Serat larut air membantu dalam melawaskan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Kebaikan dan kelebihan Cuka Epal.

-Detox & Kuruskan Badan
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin dalam badan, oleh itu secara tidak langsungnya membantu mendapatkan badan yang ideal. Selain itu ianya mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (selain itu juga lecithin ini juga boleh membantu menguatkan memori)

-Gout & Arthiritis
Sakit gout, arthiritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

-Tekanan Darah
Menstabilkan tekanan darah dengan merilekskan atau merehatkan salur darah.

-Diabetes
Cuka epal ini boleh mengurangkan kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan dan juga ketika bangun dari tidur. Kebiasaanya waktu pagi sebelum sarapan.

-Jangkitan selsema dan Sakit tekak
Dapat mengurangkan simptom-simptom selsema, sakit tekak dan jangkitan pada mana-mana bahagian badan. (jangkitan telinga, kulit, tekak dan fungus). Ianya juga boleh meredakan serangan asma @ 'sinus'

-Kulit
Cuka epal sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti eczema dengan menyapu di tempat yang bermasalah. Juga boleh merawat kilit berjerawat, tompok-tompok hitam yang tidak sekata pada kulit dan selulit.

-Badan / mulut berbau
Dengan meneutralkan pH badan / mulut dan membunuh kuman / bakteria penyebab bau busuk. Juga boleh merawat untuk kaki busuk.

-Keracunan Makanan
Jika didapati keracunan makanan, minum 1 sudu cuka epal setiap 5 minit selepas dikesan keracunan makanan. Juga boleh merawat cirit birit dan diarrhea atau susah lawas @ sembelit kerana cuka epal mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.

-Kolestrol
Mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida.

Lain-lain kelebihan
1. Merawat hidung berdarah
2. Menguatkan tulang
3. Lebam-lebam dan melecur
4. Kanser
5. Kejang otot
6. Kelemumur
7. Ruam lampin
8. Sistem pencernaan
9. Sakit kepala dan migrain
10. Pedih ulu hati
11. Sedu
12. Gigitan / sengatan binatang
13. Insomnia atau sukar tidur
14. Senggugut
15. Mabuk pagi
16. Sun Burns
17. Ulcer
18. Sistem perkumuhan
19. Boleh dimasukkan dalam masakan untuk ganti penggunaan cuka biasa atau lemon, salad dressing dan sebagainya.